Popular Posts

[Malay] SUP AYAM DAN JAGUNG l CHICKEN AND CORN SOUP

[Malay] SMOOTHIE PIE BLUEBERRY

[Malay] HOMEMADE BREAD CRUMBS

[Malay] JERUK CABAI HIJAU | JERUK CILI HIJAU

Assalamualaikum hampa semua.. Hampa buat apa tu?? Masak apa hari ni?? Teringin nak makan apa2 dak?? Kami hari ni dok tebayang jeruk cabai hijau tu.. dapnyaa... dap dap.. teringin sampai rasa dok kat kerongkong dah ni.. Dok bayang makan dengan mee goreng.. kuey tiaw goreng sedap nih.. Tambah pulak kalau mak kami yang masak jangan dok kata.. Memang kelaut la diet kami... Berpinggan-pinggan tambah.. bukan tambh jeruk cabai ni.. tambah mee laa.. 





Bahan-bahan dia:

11-15 cabai hijau 
2 cawan ayaq
1 cawan gula pasir
1 cawan cuka makan
1 sudu kecil garam


______________________________________


Cara nak buat dia:
1. Hampa cuci cabai hijau tu dulu.. cuci sampai bersih.. lepas cuci potong dia secara menyerong ka bulat ka ikut keselesaan hampa.. saiz dia ikut hampa besaq mana pun, tapi better 1/2 inci lah.. 



2. Masukkan dia dalam penapis plastik ka botoi ka nak buang biji2 cabai tu.. hampa goyang2 sikit bekas tu.. 
3. Lepas selesai, hampa rendam cabai dalam air kapur selama 30 minit, lepas tu cuci bagi bersih (optional).. 
4. Juruih sikit ayaq panas mendidih nak bagi dia layu..
5. Masukkan cabai kedalam botol dan biaq sat kat tepi. 
6. Dalam periuk, masak gula, cuka, air & garam sampai mendidih. Selepas mendidih hampa boh dia dalam botoi ada cabai tadi.. sampai cabai tu terapung.. 
    ** kalau cabai xterapung.. hampa tambah ayaq hangat..
7. Dah siap hampa tutup botoi tu dan simpan.. Lepas sehari dah boleh makan dah.. 



**Picture from Google Image

Comments