Popular Posts

[Malay] SUP AYAM DAN JAGUNG l CHICKEN AND CORN SOUP

[Malay] SMOOTHIE PIE BLUEBERRY

[Malay] HOMEMADE BREAD CRUMBS

Kek Coklat Lembap Kukus (Sukatan Cawan & Gram)

Assalamualaikum semua. Hari ni kita akan buat kek coklat kukus. Untuk resepi ni kami akan sediakan dalam sukatan cawan. So selamat mencuba guys.

For English translation, click here.
Untuk maklumat lanjut boleh lawat YOUTUBE CHANNEL kami.
Untuk tempahan boleh lawat INSTAGRAM kami azwa_kitchen.



Bahan-Bahan:

2 Biji Telur
1 Cawan Gula
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Seruk Koko
1 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Besar Esen Vanila
1 Sudu Kecil Serbuk Bikarbonat
1 Sudu Kecil Baking Powder
Mentega (Salut pada bekas untuk kukus)

___________________________________________

Awal sekali, hampa ayak tepung gandum dengan serbuk koko. Hampa nak campur sekali pun boleh. Lepas ayak hampa letak tepi dulu.

1. Dalam bekas kosong hampa masukkan telur dengan gula. Pukul sampai kembang. Naik agak-agak putih tu, hampa masukkan susu pekat, susu cair dengan esen vanila. 

2. Hampa pukul sampai sebati, lepas tu masukkan serbuk bikarbonat dan baking powder. Lepas tu sambung pukul sampai sebati. 

3. Bila dah sebati, hampa masukkan tepung yang hampa ayak tadi. Kacau sampai sebati. Kalau boleh jangan ada berketul-ketul. 

4. Masukkan dalam bekas yang disalut mentega.

5. Kukus selama 40 minit. 

6. Sebelum hampa angkat kek yang dikukus tu, hampa amik garpu hampa cucuk dulu. Kalau dah masak elok, baru hampa angkt, kalau belum, hampa sambung kukus. 

Sis masak kadang-kadang 40 minit tu dah masak elok, kadang-kadang kena tambah masa. Ikut keadaan.

Selamat mecuba guys.

Comments